Restoran ‘Sizzling’ didenda RM18,000 gara-gara status halal mengelirukan

Iklan
Tertuduh telah mengaku bersalah, sebelum mahkamah menjatuhkan denda RM18,000 terhadap pemilik restoran "sizzling” tersebut.

IPOH - Seorang pemilik sebuah restoran"sizzling” didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan kalimah"Allah” dan"Muhammad” di dalam premis tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan anggota serbuan dari Bahagian Penguatkuasa KPDN cawangan Taiping telah membuat pemeriksaan terhadap restoran tersebut di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Jan lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut ada menggunakan representasi yang berkaitan dengan Islam melalui hiasan gantung tertera kalimah"Allah” dan"Muhammad”.

"Hasil analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Kamalludin berkata kes dikendalikan pegawai pendakwa Mohamed Nizam Mohamed Yunan dengan tertuduh Seah Thien Lim, 43, telah mengaku bersalah, sebelum mahkamah menjatuhkan denda RM18,000 terhadap pemilik restoran"sizzling” tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. - Bernama

Iklan