PRK KKB: DAP terima penubuhan cawangan Melayu ketiga

Iklan
Teresa (kiri) ketika sidang akhbar di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Baharu pada Ahad.

HULU SELANGOR - DAP secara rasminya menerima penubuhan cawangan Melayu ketiganya di Hulu Selangor pada Ahad.

Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata, Cawangan Jalan Kemboja itu membabitkan keahlian seramai 50 orang yang kesemuanya Melayu.

Iklan
Iklan

"Saya hendak tegaskan saya begitu gembira dengan penubuhan cawangan baharu ini kerana melihat orang muda menyertai DAP.

"Ini bukan gimik politik disebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Iklan

"Sebenarnya kempen (buka cawangan baharu) ini sudah setengah tahun bermula iaitu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor lalu.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menerima borang keahlian Cawangan DAP Jalan Kemboja daripada Pengerusinya, Muhammad Dzulfiqri Md Daud.

Iklan

Keahlian cawangan yang kesemuanya Melayu itu terdiri daripada golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun.

Sementara itu, Gobind berkata, penubuhan cawangan baharu itu membuktikan DAP terbuka menerima kemasukan semua kaum.

Beliau dalam masa sama berkata, perkembangan tersebut juga menunjukkan komitmen parti memberi peluang semua peringkat masyarakat menyertai politik.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), PH, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Pang Sock Tao, PN pula diwakili Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Bebas, Nyau Ke Xin.