'Kuala Kubu Baharu tidak asing bagi saya' - Calon PH

Iklan
Sock Tao (duduk, tiga dari kanan) ketika sidang akhbar di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Baharu di sini pada Ahad.

HULU SELANGOR - Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao tidak berdepan dengan masalah untuk memberi khidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 11 Mei nanti kerana kawasan berkenaan tidak asing baginya.

Menurut anak kelahiran Ampang itu, beliau sebelum ini pernah terlibat dengan gerak kerja bersama mendiang Lee Kee Hiong yang merupakan bekas wakil rakyat di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kuala Kubu Baharu tidak asing bagi saya dan hati telah ditawan dengan keindahan alam di sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khidmat yang akan diberikan sekiranya memenangi PRK itu nanti memandangkan bukan anak jati kawasan berkenaan.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), PH, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

Iklan

PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Sock Tao, PN pula diwakili Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (PRM) dan bebas, Nyau Ke Xin.

Sementara itu, ditanya mengenai keyakinan untuk menarik pengundi Melayu yang menjadi majoriti di kawasan tersebut, Sock Tao yakin mampu memenangi hati mereka.

Ujarnya, keyakinan itu berdasarkan sokongan diberikan pengundi kaum tersebut ketika memasuki hari kedua berkempen.

Beliau dalam masa juga mengakui cabaran utama baginya adalah untuk menarik pengundi luar pulang ke kawasan pada hari mengundi nanti.

"Saya menyeru kepada kawan-kawan yang bekerja di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat untuk pulang 11 Mei ini," katanya.

Dalam pada itu, Sock Tao memaklumkan manifesto pilihan raya akan diumumkan pada minggu depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!