Pelantikan Pengerusi Bersama MTPN hak mutlak Perdana Menteri, Kabinet

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. (Gambar kecil: Shaiful Hazizy)

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pengerusi Bersama Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) yang disarankan UMNO Kedah adalah hak mutlak Perdana Menteri dan jemaah Kabinet.

Katanya, ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar pada 2008, beliau bukanlah Pengerusi Bersama Majlis Pembangunan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Tetapi pada waktu itu Barisan Nasional (BN) mampu menyalurkan pembangunan dan peruntukan dengan lebih berkesan tanpa kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, berkaitan soal peruntukan dan negarawan yang dibangkitkan, Shaiful Hazizy menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memasukkan sentimen negarawan dan keterbukaan itu di pentas politik dan dalam ceramah beliau.

Iklan

"Sewaktu berceramah maki hamun, serta menfitnah Perdana Menteri tak ada pula nak ambil kira persoalan negarawan ini. Prinsip penubuhan negara, bukanlah lesen besar untuk Menteri Besar berbuat sesuka hati di pentas ceramah politik," dakwanya.

Jelasnya, tindakan Sanusi menempelak UMNO yang dikatakan berpolitik 24 jam adalah tidak munasabah.

Iklan

"Yang ada mandat daripada rakyat teruslah bekerja, jangan cerita sedap, janji bulan dan bintang sahaja," katanya.

Pada Ahad, Muhammad Sanusi menyifatkan cadangan melantik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Bersama MTPN sebagai tidak masuk akal.

Muhammad Sanusi juga menegaskan, hubungan Persekutuan dengan negeri harus berlandaskan sistem federalisme dan amalan demokrasi selepas pembentukan kerajaan, bukan lagi bersifat kepartian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!