Tiada bau kimia di Taman Senawang Perdana

Iklan
JAS Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di sekitar Taman Senawang Perdana pada Rabu lalu berhubung aduan bau kimia. (Gambar kecil: Veerapan) Gambar hiasan

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di sekitar Taman Senawang Perdana pada Rabu lalu berhubung aduan bau kimia yang terdapat di situ.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, siasatan awal mendapati, aduan yang diterima adalah tidak berasas.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal oleh pasukan petugas JAS mendapati, aduan yang diterima daripada seorang penduduk taman itu adalah tidak berasas dan tiada bau yang dikesan semasa rondaan dan siasatan dijalankan.

Menurutnya, aduan bau kimia sebelum ini juga tidak diterima selepas tindakan pihak berwajib.

Iklan

Tambahnya, pihak persatuan juga berjanji akan menghubungi JAS jika mempunyai aduan berhubung bau.

"JAS telah maklumkan kepada saya yang akan terus menyiasat jika wujud maklumat sah serta menjalankan pemantauan sekiranya ada aduan berulang.

Iklan

"Pemantauan secara berkala di sekitar Negeri Sembilan turut dilakukan dalam menjaga kualiti udara serta memastikan keselamatan semua pihak,"katanya.

Selain itu katanya, semua pihak diminta membuat aduan dengan menyerahkan bukti sebagai asas siasatan.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan perlu diserahkan kepada JAS untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan akta berkaitan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!