Ceroboh hutan simpan buat pertanian, warga emas didenda RM6,000
Iklan
Kai Sang (kanan) didenda RM6,0000 kerana menceroboh hutan simpan.
SEREMBAN - Seorang warga emas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan tanpa permit di Hutan Simpan Angsi pada bulan lalu.
Hakim, Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Kai Sang, 61, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Iklan
Iklan
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam pokok limau kasturi, durian dan pisang serta menternak lebah kelulut dan ikan air tawar di dalam kolam di kawasan hutan simpan kekal tanpa suatu permit penggunaan.
Iklan
Kesalahan berkenan dilakukan lebih kurang jam 10.13 pagi di dalam Kompartmen 55, Hutan Simpan Angsi, Seremban pada 12 Ogos 2026.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Subseksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah diterima pakai di Negeri Sembilan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakaian) 1986 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 32(2) enakmen yang sama.
Iklan
Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Muhammad Hanis Zulkapli memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana dianggap telah menceroboh dan menggunakan tanah di Hutan Simpan Angsi secara tidak sah selama lapan tahun.
"Sebagai rekod, tertuduh kali terakhir membuat bayaran pada 2017 dan dia secara sedar serta tahu penggunaan tanah di hutan simpan kekal tertakluk kepada permit penggunaan.
"Tindakan tertuduh telah menyebabkan kerugian hasil kepada kerajaan Negeri Sembilan dan mohon hukuman berat dikenakan agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling minimum atas alasan sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
"Saya telah menyewa kolam dan tanah di hutan simpan ini sejak 2014, dengan punca pendapatan daripada tanaman dan hasil ikan.
"Isteri merupakan pesara guru dan saya masih perlu membayar pinjaman perumahan," katanya.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.