300 pegawai MAIS ikrar bebas rasuah
Iklan
Seramai 300 pegawai MAIS, ketua jabatan agensi agama dan warga kerja anak syarikat MAIS menandatangani Ikrar Bebas Rasuah semalam.
SHAH ALAM - Seramai 300 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) buat pertama kalinya di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakess) di sini semalam.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, langkah itu menunjukkan MAIS komited untuk menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan kakitangan kerajaan bebas daripada gejala rasuah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam majlis itu, ketua jabatan agensi agama dan warga kerja anak syarikat MAIS turut melafaz IBR yang turut disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim.
Mohammed Khusrin menunjukkan Ikrar Bebas Rasuah yang ditandatangani semalam.
"Lafaz ikrar bebas rasuah ini dipimpin Setiausaha MAIS, Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar diikuti ketua-ketua agensi dan anak syarikat MAIS sebelum sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
Iklan
"Dalam program ini saya turut mengingatkan semua kakitangan supaya mengutamakan penghasilan program kerjasama di antara jabatan-jabatan, agensi dan anak syarikat MAIS serta pelaksanaan Pelan Strategik MAIS Tahun 2020-2024,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Hadir sama Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor Jakess, Mohammad Adib Husain.
Iklan
Turut hadir, wakil Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor (JPSS), agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>