Individu hina Agong: Exco Johor bidas, sifatkan tindakan tidak wajar
Iklan
MOHD HAIRI, AZNAN
JOHOR BAHRU - Tindakan seorang individu memuat naik hantaran di media sosialnya yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong menerima kecaman pelbagai pihak termasuk barisan Exco kerajaan negeri Johor.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyifatkan tindakan individu terbabit biadab kerana memperlekeh serta membuat dakwaan tidak berasas terhadap Institusi Diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
Iklan
Mohd Hairi yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, walaupun status itu dikatakan sudah dipadam, namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"Kerajaan perlu ada kehendak politik yang tinggi dalam meletakkan pendirian, sekali gus menguatkuasakan dasar supaya insiden seperti ini tidak terus berulang," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.
Iklan
Dalam entri yang dipercayai sudah dimuat turun individu terbabit, antara lain beliau menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk Sultan dan Agong ketika solat Jumaat, baru-baru ini.
Beliau juga mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.
Iklan
Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hezry Yasin itu didakwa sebagai Pengarah Media Baharu Pemuda Pas Selangor.
Dalam pada itu, Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin pula menyifatkan tindakan pemimpin muda Pas itu mencemar kemuliaan Syawal dengan sikap pelampau politik.
Katanya, tindakan itu mengguris perasaan rakyat Johor dan dilihat sebagai satu provokasi kepada Bangsa Johor dan Institusi Diraja yang sememangnya cintakan perpaduan dan kedamaian.
"Suka diingatkan, Bangsa Johor menolak pelampau politik. Parti politik seharusnya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam negara kita.
"Sebagai orang kuat parti yang menggelarkan diri sebagai 'Parti Islam', tunjukkanlah contoh yang baik kepada rakyat," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.