'Beri ruang ADUN Dengkil buktikan diri tidak bersalah'

Iklan
Adhif Syan Abdullah, Amirudin Shari

KUALA LANGAT - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berpegang kepada prinsip perundangan di negara ini bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh undang-undang.

Menurutnya, justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang ditahan polis perlu diberi peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah mengikut prosedur perundangan betul.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan beliau tidak mengaku bersalah dan saya beri ruang kepada beliau membuktikannya melalui proses undang-undang. Saya harap siasatan berlangsung dengan teliti.

"Mengenai kedudukan beliau pada masa depan, biarlah ia ditentukan parti Bersatu dan saya menunggu pandangan daripada rakan kita itu (Bersatu)," katanya selepas hadir pada Majlis Penyampaian sijil Anugerah Malaysia Book Of Records di BSP21 di sini hari ini.

Amirudin ketika sidang media selepas hadir pada Majlis Penyampaian sijil Anugerah Malaysia Book Of Records di BSP21 di sini hari ini.

Iklan

Katanya, ADUN Dengkil itu setakat ini masih boleh meneruskan tugasnya sehingga proses siasatan selesai, namun perkara itu akan dimasukkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan bagi negeri Selangor.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan ADUN tersebut ditahan polis dalam satu serbuan malam di Puchong, kelmarin

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

Menerusi kenyataannya, Presiden Bersatu berkenaan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 individu positif dadah dalam serbuan di Puchong

ADUN Dengkil nafi ditahan polis