Tujuh individu ditahan kes bunuh lelaki di Teluk Intan

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah taman perumahan dekat Langkap, Teluk Intan pada 5 April lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, semua individu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberkas di beberapa lokasi berasingan sekitar Teluk Intan.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa yang mengganggu isteri kepada seorang daripada suspek.

Iklan

Ahmad Adnan berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu (D.Tanabalan, 42,) diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrul Shamsudin di talian 05-6233969 atau 017-9752668 dan mana-mana polis berhampiran,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!