Tak dapat duit beli dadah, buruh binaan mengamuk, ugut isteri
Iklan
AMPANG - Seorang lelaki mengamuk selepas gagal mendapatkan wang daripada isterinya untuk membeli dadah di Ampang Saujana, di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi, lelaki yang juga seorang buruh binaan itu telah mengetuk pintu rumah dan menjerit dengan kuat supaya isterinya membuka pintu.