H5N1 dikesan pada lembu tenusu di AS

Iklan
Penternak lembu yang dijangkiti virus berkenaan pada mulanya menyangka ia adalah 'penyakit misteri lembu tenusu' selepas haiwan tersebut dilaporkan jatuh sakit tiga minggu lalu. - Foto Agensi

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah kes yang jarang berlaku, menurut pihak berkuasa pada Rabu.

Pesuruhjaya Pertanian Texas, Sid Miller berkata, Jabatan Pertanian Texas (TDA) bersama beberapa agensi negeri dan persekutuan kini bekerja keras untuk memastikan keselamatan bekalan makanan berasaskan hasil tenusu dan daging susulan kewujudan ancaman tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia bagaimanapun tidak mengancam bekalan tenusu komersial negara kita walaupun perkembangan ini agak membimbangkan,” jelasnya.

Ujian TDA menunjukkan penyelidik tidak menemui sebarang perubahan pada virus yang menjadikannya lebih mudah disebarkan kepada manusia dan risiko terhadap masyarakat kekal rendah buat masa ini.

Iklan

Pihak berkuasa bagaimanapun menggesa kesemua penternak supaya melaksanakan langkah biosekuriti yang dipertingkatkan di ladang masing-masing sebagai tindakan waspada.

Difahamkan, Texas merupakan antara lima negeri pengeluar susu terbesar di AS.

Iklan

Kes itu disahkan seminggu selepas pihak berkuasa kesihatan di Minnesota memaklumkan kambing ternakan di sebuah ladang juga dijangkiti selesema burung.