Yadim harap UNSC pastikan Israel patuhi resolusi

Iklan
Yadim berharap agar UNSC memastikan Israel berhenti daripada aktiviti melanggar undang-undang antarabangsa dan mematuhi sepenuhnya resolusi telah dipersetujui.(Gambar fail) Foto AFP

SHAH ALAM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berharap agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan Israel berhenti daripada aktiviti melanggar undang-undang antarabangsa dan mematuhi sepenuhnya resolusi telah dipersetujui.

Yang Dipertua (YDP) Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, resolusi tersebut menyeru kepada pelaksanaan gencatan senjata dengan segera sepanjang sisa dua minggu Ramadan.

Iklan
Iklan

Katanya, keutamaan kini adalah untuk menghentikan keganasan, membebaskan tebusan, menyediakan bantuan kemanusiaan tambahan kepada Gaza dengan segera, serta mencari penyelesaian yang berkekalan.

Hasanuddin

"Bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa gencatan senjata ini hanya berlaku semasa Ramadan, ini bermakna tiada jaminan bahawa Israel akan menghentikan serangan ke atas Gaza selepas tamatnya Ramadan.

Iklan

"Yadim mengagumi dan menghargai keberanian serta komitmen terhadap nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh sepuluh negara terpilih sebagai ahli Majlis iaitu Algeria, Guyana, Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique, Sierra Leone, Slovenia, Korea Selatan dan Switzerland," ujanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

UNSC pada Isnin meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza sempena bulan suci Islam Ramadan yang bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.

Iklan

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis dipilih, manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.

Tambah Hasanuddin, penerimaan resolusi itu merupakan pencapaian yang besar dan dinanti-nantikan oleh masyarakat antarabangsa, memandangkan konflik di Gaza telah berlarutan sejak lima bulan lalu.

"Berdasarkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, adalah jelas bahawa Israel telah melanggar segala peruntukan yang telah menyebabkan keadaan mengerikan dan pertumpahan darah di Gaza berlarutan terlalu lama.

"Oleh itu, resolusi gencatan senjata yang telah diluluskan oleh UNSC ini sewajarnya diraikan dengan penuh kesyukuran dan dihayati oleh umat Islam serta masyarakat global," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!