Siasat anggota dan pegawai, PDRM sokong tindakan SPRM

Iklan
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan pegawai dan anggota terlibat rasuah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes rasuah.

Iklan
Iklan

"Secara peribadi, saya konsisten dengan pendekatan dan tindakan saya, di mana saya menyokong penuh tindakan SPRM terhadap sebarang salah laku rasuah.

"Saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Rabu.

Iklan

Mohd Shuhaily berkata, pesanan kepada pegawai dan anggota JSJ berkaitan isu integriti amat jelas.

"Pesanan saya sebelum ini adalah 'change or you will be changed', berdasarkan perkembangan terkini, adalah wajar saya mengubah pesanan itu kepada 'change or you will be chained'.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan SPRM terhadap seorang pegawai kanan dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur.

Pada Ahad lalu, media melaporkan sumber dilaporkan berkata, penahanan pegawai Kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu di Putrajaya.

Hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya," katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28