Lelaki maut digilis treler
Iklan
JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di jejambat susur Taman Perling, di sini, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah.