Mahu berteduh ketika hujan, penunggang motosikal maut digilis, diseret treler bawah jejambat

Iklan
Seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya mengalami kecederaan parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 96.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya mengalami kecederaan parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 96.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Mohd Khairul A'zami Mohd Nazeri, 23.

Iklan
Iklan

Rakannya yang turut berusia 23 tahun dan berasal dari kampung sama pula mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar menuju ke Sungai Petani melalui lorong kiri lebuh raya.

Iklan

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berhenti dan berteduh daripada hujan di bawah struktur jejambat.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua penunggang tercampak ke bawah bahagian tengah treler sebelum digilis dan diseret.

Iklan

Bagaimanapun, ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain yang turut berhenti untuk berteduh, motosikal dinaiki mereka dipercayai bergesel sesama sendiri sebelum terkena bahagian sisi sebuah treler yang berada di lorong sama.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua penunggang tercampak ke bawah bahagian tengah treler sebelum digilis dan diseret,” katanya.

Mayat mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik HSAH bagi menjalani proses bedah siasat.

Sementara itu, pemandu treler berusia 40 tahun didapati negatif ujian saringan dadah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengingatkan penunggang motosikal supaya tidak berhenti di lorong kecemasan atau di bawah jejambat lebuh raya untuk berteduh kerana tindakan tersebut boleh mengundang risiko kemalangan.