Pencemaran Tasik Matahari bukan dari loji kumbahan - IWK
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
JOHOR BAHRU - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menafikan dakwaan kejadian ribuan ikan ditemukan mati dalam tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura pada Selasa akibat pembuangan air kumbahan atau efluen yang dilepaskan dari loji rawatan kumbahan berdekatan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, pasukan operasi IWK telah menjalankan siasatan menyeluruh di loji rawatan kumbahan berdekatan tasik berkenaan iaitu Loji Rawatan Kumbahan IWK Inderapura (JKI059), pada Selasa.
IWK menunjukkan saliran air dari loji rawatannya tidak mengalir ke kawasan tasik yang dilaporkan tercemar.
Iklan
Iklan
"Hasil kajian menunjukkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji itu mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (DOE).
"Hasil semakan juga mengesahkan bahawa efluen yang dilepaskan dari loji berkaitan tidak mengalir ke kawasan tasik yang dilaporkan tercemar.
"Tasik Taman Matahari mempunyai dua bahagian berbeza. Efluen yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan IWK disalurkan ke bahagian tasik yang berasingan, dan ia berbeza daripada kawasan yang telah dilaporkan tercemar.
"Susulan siasatan lanjut, ia telah disahkan bahawa tiada ikan mati ditemui di lokasi di mana efluen loji IWK dilepaskan," katanya.
Iklan
Dalam kenyataan sama, IWK komited untuk menangani kes pencemaran dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap, termasuk mengekalkan loji rawatan kumbahan dalam keadaan optimum untuk memastikan operasi yang efektif.
"Ditegaskan di sini bahawa semua efluen terawat yang dilepaskan dari Loji Rawatan Kumbahan IWK mesti memenuhi piawaian ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia," katanya.
Iklan
Pada Rabu, media melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang menyiasat kejadian ribuan ikan ditemukan mati dalam tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura Kulai pada Selasa akibat pencemaran dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Ling Tian Soon berkata, siasatan dilakukan satu pasukan JAS Johor pada jam 9.40 pagi dan mengesahkan aduan awam yang dibuat itu adalah berasas.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.