Ribuan ikan mati dalam tasik akibat pencemaran loji kumbahan - JAS
Iklan
Pencemaran dari loji rawatan kumbahan dikesan menjadi punca tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura, Kulai, tercemar pada Selasa
KULAI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang menyiasat kejadian ribuan ikan ditemukan mati dalam tasik Taman Matahari, Bandar Indahpura dekat sini pada Selasa akibat pencemaran dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Ling Tian Soon berkata, siasatan dilakukan satu pasukan JAS Johor pada jam 9.40 pagi dan mengesahkan aduan awam yang dibuat itu adalah berasas.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan mendapati pencemaran air tersebut adalah berpunca daripada sebuah loji rawatan kumbahan. Hasil pemerhatian mendapati terdapat efluen kelihatan hitam dalam longkang loji tersebut.
"Loji tersebut juga disyaki melakukan pelepasan efluen kumbahan secara pintasan (bypass)," katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.
Iklan
Beliau berkata, bacaan in-situ juga telah diambil di laluan efluen keluar loji dan juga air kolam dan mendapati bacaan status kualiti air bagi kedua-dua lokasi berkenaan merosot.
"Arahan lapangan dan notis arahan dikeluarkan kepada loji tersebut untuk menghentikan pencemaran serta membaiki sistem STP dengan serta-merta," katanya.
Iklan
Penguatkuasaan susulan katanya, telah dilaksanakan Unit Penguatkuasaan Industri JAS Johor bersama-sama Bahagian Kesihatan serta Bahagian Kejuruteraan dari Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terhadap loji tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Pemantauan berterusan terhadap keadaan air tasik Taman Matahari serta status pematuhan loji rawatan kumbahan tersebut akan dilakukan," tambahnya.
Sebelum ini tular video di tasik berkenaan dalam media sosial yang memaparkan ribuan ikan terapung-apung mabuk dan mati dipercayai akibat airnya yang tercemar.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.