Tourism Johor rancang pakej penginapan fleksibel Ramadan ini
Iklan
Sharil Nizam
JOHOR BAHRU - Tourism Johor merancang untuk menyediakan pakej penginapan mengikut waktu yang fleksibel kepada pelancong khususnya dari Singapura yang berkunjung ke negeri berkenaan di sepanjang Ramadan.
Menurut Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim, pakej penginapan tersebut melibatkan masa daftar masuk (check-in) serta daftar keluar (check-out) yang tidak mengikut waktu biasa yang telah ditetapkan.
Iklan
Iklan
Justeru katanya, pakej berkenaan dilihat bakal memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong dari Kota Singa itu yang dijangka akan berkunjung ke Johor untuk berbelanja sempena Ramadan dan juga menjelang Aidilfitri, tidak lama lagi.
"Pihak Tourism Malaysia, ada bermesyuarat dengan pihak pengusaha hotel berhubung perkara ini, tapi bukan kita nak buat penginapan.
Iklan
"Jadi, bila nak balik ke Singapura...jalam ‘jem.’ Jadi, mereka boleh berehat di mana-mana hotel yang terdekat dengan mendaftar masuk atau mendaftar keluar pada bila-bila masa..tapi semua ini hanya untuk bulan Ramadan sahaja,” katanya.
Sharil Nizam berkata demikian bagi mengulas berhubung perancangan daripada pihak Tourism Malaysia Johor sempena Ramadan, kali ini.
Iklan
Sementara itu Shahril Nizam berkata, pakej penginapan tersebut juga akan hanya dilaksanakan ketika hari bekerja dan bukannya pada hujung minggu.
"Setakat ini, ada beberapa hotel dah bersetuju dan juga telah dihebahkan untuk pelancong Singapura,” katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>