Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'

Iklan
Muhammad Faiz Mohd Nasir

KELAB Liga Malaysia (Liga-M), Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memperkuatkan bahagian sayap skuad Sang Kenari apabila menyambar khidmat Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi saingan musim 2024/25.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.

Iklan
Iklan

"Saya pernah dilamar Kedah ketika awal pembabitan saya di Liga Perdana dulu bersama PBAPP FC.

"Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain di sini.

Iklan

"Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia," kata Muhammad Faiz yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2019.

Sebagai rekod, pemain berketinggian 1.56 meter kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu merupakan antara pengrekrutan terbaharu kelab selepas Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali sebelum ini.

Iklan

Muhammad Faiz memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Kelantan pada 2013 diikuti Felcra FC, Selangor, Kelantan United serta Terengganu FC.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28