Pendedahan audio: Saya mahukan keadilan, kata Daim
Iklan
Tun Daim Zainuddin
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menegaskan beliau mahukan keadilan dalam isu pendedahan rakaman audio yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya Rabu lalu.
"Saya hanya mahukan keadilan. Keadilan dan kebenaran, itu sahaja,” katanya kepada pemberita pada pelancaran awal MyKampung Japan di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan dibuat SPRM yang telah mendapat pelbagai kritikan termasuklah daripada pemimpin kerajaan sendiri.
Pendedahan yang dibuat SPRM itu adalah sembilan klip rakaman audio yang mengandungi perbualan telefon antara individu berprofil tinggi seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad.
Iklan
Turut didedahkan rakaman perbualan Najib dengan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.
Daim yang juga Penasihat Ekonomi kepada kerajaan turut mengingatkan Malaysia perlu bersedia berdepan dengan masalah yang dihadapi di seluruh dunia seperti yang berlaku di Timur Tengah dan Hong Kong.
Iklan
"Saya berharap (masalah) tidak menjejaskan kita, tetapi apa jua yang berlaku di dunia ini sudah tentu memberi kesan kepada kita. Jadi kita mesti bersedia,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>