KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta kerajaan mempertimbangkan penyakit influenza A dimasukkan dalam senarai enam jenis penyakit berjangkit yang diberi kemudahan cuti kuarantin.
Melihat situasi terkini penularan virus influenza A dalam negara, Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, cuti kuarantin itu perlu diberikan kepada guru dan pelajar yang dijangkiti virus itu.