GSC 3 Damansara tamat operasi 18 Mac ini

Iklan
GSC 3 Damansara menghentikan operasinya pada 18 Mac ini. Gambar kecil: Hantaran GSC mengenai penamatan operasi di GSC 3 Damansara

SHAH ALAM - Selepas 15 tahun beroperasi, Golden Screen Cinemas (GSC) 3 Damansara mengumumkan akan menjalankan tayangan terakhir pada 17 Mac dan menghentikan operasinya berkuat kuasa 18 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak GSC menerusi hebahan di media sosialnya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kegembiraan dan emosi yang telah anda kongsikan, gelak tawa, kejutan dan tepukan anda akan sentiasa bergema dengan kami," kata penyedia pawagam terbesar di Malaysia itu.

Menurutnya, pelanggan pawagam berkenaan masih boleh menonton filem di GSC The Starling Mall, GSC Paradigm Mall, GSC 1 Utama dan GSC Tropicana Gardens Mall.

Iklan

Penamatan operasi GSC 3 Damansara merupakan penutupan panggung wayang ketiga dibuat oleh penyediaan pawagam terkenal negara itu.

GSC sebelum in mengumumkan operasi pawagamnya di Alamanda Putrajaya ditutup pada 14 Ogos tahun lalu.

Iklan

Selepas itu GSC Berjaya Times Square mengumumkan akan menjalankan tayangan terakhir pada 26 November dan akan berhenti operasi pada 27 November, selang kurang tiga bulan penutupan di Alamanda Putrajaya.