JAINJ masih pantau ajaran sesat Si Hulk
Iklan
Mohd Fared. (Laporan Sinar Harian)
BATU PAHAT - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) terus memantau ajaran sesat Si Hulk walaupun pengasasnya Suhaini Muhammad dan pengikut ajaran itu dilaporkan berada di luar negara.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pemantauan isu-isu semasa tentang ajaran sesat sentiasa dilakukan JAINJ bagi memastikan keselamatan dan keamanan terjamin," katanya pada sidang akhbar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat pada Khamis.
Fatwa Negeri Johor yang diwartakan bertarikh 22 Julai 2021 menyatakan bahawa ajaran Suhaini Si Hulk ini sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
Iklan
Antara penyelewengan ajaran ini ialah mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, tidak mempunyai jantina, menafsirkan sendiri sebuah hadis dengan menyatakan Nabi Muhammad tiada kemaluan.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah turut menasihatkan orang ramai di negeri ini yang ingin menjemput penceramah dari luar perlu memastikan mereka mempunyai tauliah.
Iklan
"Di Johor ini, ada kaedah yang wajib dipatuhi, selagi tidak ada tauliah daripada MAINJ, maka individu itu, tidak dibenarkan membuat apa-apa sesi pengajaran mahupun ceramah," jelasnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>