UniSZA berjaya kumpul 3,000kg barangan terpakai
Iklan
UniSZA berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram (kg) barangan terpakai dan kitar semula.
KUALA NERUS - Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpul sebanyak 3,000 kilogram (kg) barangan terpakai dan kitar semula.
Pengarah UniSZA Kampus Besut, Profesor Dr Mohd Nordin Abdul Rahman berkata, barangan terpakai yang berjaya dikumpul itu merangkumi kertas, surat khabar lama, buku, majalah dan novel.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah... sambutan luar jangkaan mencecah 3,000kg ini merupakan hasil sumbangan daripada 91 orang penyumbang dalam kalangan warga UniSZA dan komuniti dari seluruh Terengganu.
"Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya membudayakan nilai kelestarian alam sekitar dalam memastikan kelestarian sejagat, meningkatkan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti setempat.
Iklan
"Malah turut memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis penyerahan Projek Pengumpulan Bahan Penerbitan (Terpakai/Usang) di UniSZA Kampus Gong Badak di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Nordin menyatakan program itu dapat memberi suntikan semangat kepada orang ramai untuk untuk mengitar semula semua bahan-bahan terpakai demi ke arah pembangunan lestari.
Iklan
Selain itu katanya, mereka juga dapat mengamalkan gaya hidup hijau ke arah menjadi komuniti bebas sampah.
"Kita akan terus berusaha mendidik dan memperkasakan warga UniSZA untuk turut serta ke arah kelestarian kampus sejajar dengan agenda Pelan Strategik Universiti (PSU 2023-2030)," jelasnya.
Projek selama 10 hari yang bermula pada 18 Februari lepas itu merupakan anjuran Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) (Kluster Pengurusan Sisa) UniSZA dengan kerjasama RD Papers Sdn Bhd.
BERITA SEMASA 18 APRIL 2024
Seorang pesara kerajaan berjaya menuai hasil pertama tanaman padi huma atau padi darat yang diusahakan di tepi rumahnya sejak 24 November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Alias Salleh, 70, menanam 35 rumpun padi daripada dua varieti iaitu jenis tangkai langsat dan jarum galah di kawasan rumahnya di Kampung Tebakang, Bukit Payong di Marang, Terengganu.
Bapa kepada empat anak itu berkata, dia memperoleh kira-kira 2 kilogram (kg) hasil padi yang dituai pada 1 April lalu dan berhasrat untuk meluaskan lagi tanaman tersebut agardapat menampung keperluan makanan seisi keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660036/edisi/terengganu/pesara-kerajaan-tuai-2kg-padi-huma-ditanam-tepi-rumah
Muzik: www.bensound.com