Polis buka kertas siasatan berhubung Himpunan Reformasi 100 Peratus

Iklan
Noor Dellhan. Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus yang diadakan di laluan masuk bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya akan memanggil penganjur himpunan itu dalam masa terdekat bagi mengambil keterangan susulan himpunan itu tidak memberi notis awal sekurang-kurangnya lima hari kepada polis.

Iklan
Iklan

"Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Mengikut APA 2012, notis pemberitahuan bersama dokumen sokongan perlu diserahkan sekurang-kurangnya lima hari daripada tarikh perhimpunan tersebut dianjurkan.

Iklan

Sebelum itu, peserta himpunan terbabit berkumpul di Plaza Tugu Negara sebelum mereka berarak kira-kira 900 meter menuju bangunan Parlimen.

Ia bagi menyerahkan tuntutan yang antara lain berkaitan dengan pelaksanaan agenda reformasi 100 peratus, tolak keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap mana-mana ahli politik dan menolak undang-undang dua darjat.

Iklan

Tinjauan di lokasi mendapati peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu mula berkumpul di lokasi ditetapkan sejak jam 7.30 pagi dengan dikawal ketat pihak polis.

Beberapa Ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; William Leong Jee Keen (Selayang); Dr Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) menerima memorandum tuntutan daripada penganjur terbabit yang diserahkan di luar bangunan Parlimen. - Berrnama