Malaysia ratifikasi perjanjian WTO mengenai subsidi perikanan

Iklan
FSA menangani ancaman utama kepada lautan dan menggalakkan amalan penangkapan ikan yang mampan. - Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Malaysia telah meratifikasi Perjanjian Subsidi Perikanan (FSA) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang merupakan usaha global untuk membendung subsidi perikanan yang berbahaya dan melindungi stok ikan.

Malaysia menyertai 68 ahli WTO lain yang telah berjaya meratifikasi FSA, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Iklan
Iklan

Tengku Zafrul ketika ini menghadiri Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-13 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, di mana FSA telah diraktifikasi.

Beliau berkata, ratifikasi itu menunjukkan komitmen Malaysia terhadap kerjasama global dan pengawasan yang bertanggungjawab terhadap lautannya.

Iklan

"Tindakan dan komitmen kita hari ini akan memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita,” kata Tengku Zafrul itu dalam kiriman media sosial hari ini.

Diguna pakai pada Jun 2022, FSA menangani ancaman utama kepada lautan dan menggalakkan amalan penangkapan ikan yang mampan.

Iklan

Ia merupakan langkah yang ampuh ke arah menghapuskan penangkapan ikan secara haram, penangkapan ikan tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU) yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan secara keseluruhan memelihara keseimbangan ekosistem marin.

Tengku Zafrul berkata, FSA juga akan memastikan sebarang subsidi terhadap aktiviti perikanan yang disediakan oleh negara anggota adalah telus dan bertanggungjawab.

"Ketelusan ini memupuk amalan menangkap ikan yang bertanggungjawab dan membolehkan pemantauan pematuhan yang berkesan,” katanya.

Beliau juga berkata. WTO akan menubuhkan bantuan teknikal dan program pembinaan kapasiti untuk membantu negara membangun dan kurang membangun menyepadukan elemen kemampanan ke dalam dasar mereka dan mengukuhkan sistem pengurusan perikanan negara berkenaan. - Bernama