PETRA rancang Dasar Air Pulih Guna
Iklan
PETRA giat membangunkan Dasar Air Pulih Guna yang akan diperluas dan dikembangkan bagi kegunaan industri serta pusat data di seluruh negara.
PUTRAJAYA – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) giat membangunkan Dasar Air Pulih Guna yang akan diperluas dan dikembangkan bagi kegunaan industri serta pusat data di seluruh negara.
Langkah ini dilihat inisiatif strategik kerajaan untuk memastikan pertumbuhan sektor berintensifkan air seperti pusat data tidak menjejaskan bekalan air domestik, selari dengan unjuran permintaan tinggi sehingga tahun 2040.