KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tiada asas dan keperluan untuk beliau mengambil ujian poligraf atas pertuduhan perlakuan tidak senonoh terhadap bekas pembantunya, Muhammed Yusoff Rawther.
Beliau berkata, tidak munasabah untuk melakukan ujian poligraf sedangkan tiada bukti.