Polis luaskan kawasan pencarian tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor
Iklan
IPOH - Polis akan meluaskan skala pencarian bagi mengesan 30 pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kawasan pencarian itu turut tertumpu di daerah Kampar, Muallim serta lokasi yang difikirkan berpotensi untuk tahanan tersebut menyembunyikan diri.