KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata, meskipun pengisytiharan darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.