Ajal langgar kerbau melintas

Iklan
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, di sini pada malam Ahad. Foto ihsan polis

LANGKAWI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, di sini pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shahriman Ashari berkata, mangsa dikenali Muhammad Dinie Izzat Mohd Shukor, 19, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Balai Trafik Langkawi menerima makluman kemalangan maut tersebut pada jam 9.08 malam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, Langkawi pada malam Ahad. Foto ihsan polis

Iklan

Shahriman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus di kedua-dua arah, garisan tengah putih putus-putus, cuaca baik dan keadaan jalan gelap berlampu.

"Kemalangan berpunca daripada kerbau melintas jalan dan mangsa tidak sempat untuk membrek," ujar beliau.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.