Aliran trafik dijangka meningkat, orang ramai rebut peluang tol percuma
Iklan
PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik meningkat pada malam ini susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya yang akan berakhir pada 11.59 malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun berkata, kesesakan trafik hanya dijangka berlaku di plaza-plaza tol tertentu.