Baki 75 tahanan lolos masih sembunyi sekitar Tapah, Bidor - Polis

Iklan
Situasi di sekitar pintu masuk Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor.

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Op Kesan baki 75 tahanan yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor tidak akan dihentikan dengan pencarian kekal tertumpu di kawasan Tapah dan Bidor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, soal siasat yang dijalankan terhadap tangkapan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) mendedahkan rakan mereka masih berada di kawasan sekitar daerah itu.

Iklan
Iklan

"Radius pencarian masih lagi tertumpu di kawasan Bidor dan Tapah termasuk kawasan terpencil, kampung-kampung, ladang kelapa sawit dan hutan simpan berhampiran.

"Operasi masih lagi diteruskan dan tiada arahan untuk hentikan. Pencarian dilaksanakan dengan kekalkan sekatan jalan raya selain menerima bantuan Pasukan Gerakan Udara dan Unit Dron dalam melakukan pencarian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2024 peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kerjasama yang diberikan penduduk amat memberangsangkan dalam melaporkan kehadiran PATI di kawasan mereka.

"Jadi mereka ini akan keluar mengharapkan bantuan orang ramai. Kita nasihatkan penduduk segera hubungi polis untuk buat tangkapan semula PATI ini," katanya.

Iklan

Media melaporkan seramai 253 anggota dari pelbagai agensi seperti dari IPD Tapah seramai 84 orang, JIM (41), IPK Perak (25), PGA (37), K9 Bukit Aman (15) dan Unit Drone (3) terlibat dalam Op Kesan yang dilaksanakan sejak malam Khamis lalu.

Seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 54 orang telah ditahan.