Pempengaruh Boss Mario hilang, kereta ditemukan di Pantai Klebang

Iklan
Christopher Patit. Tangkap layar mengenai kehilangan Boss Mario di Facebook pada Sabtu

MELAKA - Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada jam 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil semakan menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adiknya itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada jam 3 pagi, sebelum dia mendapat tahu bahawa kereta itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada jam 6 petang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Boss Mario agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Iklan

Sementara itu, berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial. - Bernama

Iklan