10 maut dalam kebakaran hutan di Chile

Iklan
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile - Foto: AP

BOGOTA - Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.

Beberapa kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di bandar pantai Valparaiso dan Vina del Mar.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Presiden Chile Gabriel Boric mengisytiharkan darurat.

"Kami telah mengarahkan semua pegawai ke wilayah tengah dan selatan untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya menerusi platform X

Iklan

Api merebak dengan pantas dan telah menjejaskan bandar Concon, Quintero serta Maitencillo. - Bernama

Iklan