AMPANG - Seorang penjaga stor dipercayai 'pusher' dadah sejak setahun lalu dicekup polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Pandan di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi di rumah suspek berusia 26 tahun itu menjumpai 85 peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dan 690 peket plastik lut sinar disyaki heroin.