KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak melibatkan warga asing mulai hari ini hingga 29 Februari sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024.
DBKL menerusi hantaran Facebook memaklumkan, tawaran itu antaranya melibatkan kompaun kesalahan lalu lintas seperti kesalahan meletak kenderaan dengan kadar khas RM10 untuk motosikal manakala kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori kecil RM20 manakala bas dan lori (RM50).