ICERD harus dimatikan!

Iklan
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Kerajaan disarankan agar segera mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, ini kerana Malaysia jelas tidak mengamalkan amalan diskriminasi.

Iklan
Iklan

"ICERD hendaklah dimatikan tidak boleh dilaksanakan di Malaysia, sebab kita tiada dasar Aparteid (amalan menindas), kita perjuangan hak kaum lain.

"Tapi malang sungguh orang Melayu; Bumiputera di Malaysia bila memperjuangkan hak mereka dituduh rasis tapi orang lain perjuangkan nasib kaum mereka tidak dikatakan rasis, kita tak tentang peruntukan kepada kaum lain," katanya dalam Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Shahidan turut menyeru kepada pimpinan kerajaan untuk turut menolak konvensyen ICERD tersebut.

"Jelutong, (PH-RSN Rayer) jangan sokong bawa rebah tampil bersama selamatkan negara daripada perpecahan kaum," katanya.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD tidak perlu di Malaysia]

Sebelum ini beberapa pihak turut menyarankan agar kerajaan menolak untuk meratifikasi konvensyen ICERD ini, antaranya, pakar sejarah dan sosio budaya negara , Prof Datuk Dr Teo Kok Seong ini yang menegaskan bahawa ICERD perlu ditolak kerana Malaysia telah terbukti tidak mengamalkan amalan diskriminasi.

Kata Teo Kok, perkara ini boleh dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjaga hak semua rakyat di negara ini.