Ribut petir, hujan lebat diramal landa 11 negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di 11 negeri sehingga jam 6 petang pada Ahad. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Iklan
Iklan

Di Kedah kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu dan Baling manakala di Perak meliputi Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung, Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Larut Matang, Kerian, Selama, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang manakala di Pahang meliputi Temerloh, Lipis, Rompin, Bera, Maran, Kuantan, Jerantut dan Pekan.

Iklan

Di Johor, amaran berkenaan melibatkan Muar, Tangkak dan Segamat.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Mukah (Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis), Sibu (Sibu), Bintulu (Tatau), Sri Aman (Pantu, Lingga dan Sri Aman), Limbang, Miri (Marudi dan Bario), Sarikei (Maradong), Kapit (Kapit) serta Betong (Pusa dan Betong).

Iklan

Di Sabah pula, amaran melibatkan Kudat, Sandakan (Paitan, Telupid dan Tongod), Pantai Barat, Pedalaman serta Tawau (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Kunak). - Bernama