Mansuh pencen: Pulau Pinang tunggu keputusan Pusat
Iklan
Kon Yeow (tengah) merasmikan Projek Linear Garden di Padang Kota pada Isnin.
GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan menunggu kajian di peringkat kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan pemansuhan skim pencen dalam kalangan penjawat awam sebelum ia dilaksanakan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak akan membincangkan cadangan itu selagi keputusan belum dibuat di peringkat Pusat.
Iklan
Iklan
"Perkara ini masih di peringkat idea jadi biar pihak berkenaan menghabiskan kajian mereka sebelum keputusan sedemikian dibuat," katanya selepas merasmikan Projek Linear Garden di Padang Kota di sini pada Isnin.
Ditanya mengenai cadangan tersebut yang akan turut membabitkan wakil rakyat dan menteri, Kon Yeow berkata, cadangan itu juga masih di peringkat idea dan ia perlu diperhalusi sebelum keputusan dibuat kerana ia membabitkan beberapa akta.
Iklan
"Kita akan menunggu kerja-kerja kajian ini dan menunggu pembentangan sebab keputusan akan menyebabkan struktur pencen melibatkan wakil rakyat yang dipilih daripada tarikh kuat kuasa dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjawat awam baharu tidak lagi menerima pencen sebaliknya akan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Iklan
Ahmad Zahid berkata, langkah tersebut akan meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengurangkan bayaran pencen yang dijangka mencecah RM120 bilion pada 2040 tanpa sebarang perubahan kepada sistem.
Susulan daripada itu, banyak pihak yang menggesa cadangan pemansuhan pencen itu turut dilaksanakan kepada wakil rakyat dan menteri.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang langkah dan cadangan bagi memansuhkan pencen wakil rakyat dan menteri memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Anwar berkata, ia kerana perkara itu sudah terikat dengan perjanjian dan jaminan Perlembagaan.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.