Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Iklan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Sabtu. Foto Bernama
KUCHING - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Sabtu.
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendarat di LTAK pada 11 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Ketibaan pasangan itu disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dua Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Turut hadir bagi menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan itu ialah menteri-menteri Sarawak serta ketua-ketua masyarakat bahagian Kuching.
Iklan
Wan Junaidi, 77, dijadualkan menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini (29 Januari).
Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.
Iklan
Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - TPM
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelantikan Wan Junaidi bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.
Menurutnya, Wan Junaidi juga berpengalaman luas dalam pentadbiran serta pakar dalam undang-undang.
"Beliau (Wan Junaidi) begitu lama sekali menyumbang kepada negeri Sarawak dan Malaysia keseluruhannya, dengan pengalaman itu saya kira ia menjadi aset kepada Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak di sini, pada Sabtu. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.