Pelajar sekolah cedera dihempap dinding runtuh

Iklan
Seorang pelajar cedera selepas dinding konkrit runtuh dalam kejadian di sebuah sekolah di Kampung Putera Jaya, Setiu pada Jumaat.

SETIU - Seorang pelajar cedera selepas dinding konkrit runtuh dalam kejadian di sebuah sekolah di Kampung Putera Jaya, dekat sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah terperangkap di bawah runtuhan dinding konkrit terbabit.

Iklan
Iklan
Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu terperangkap di bawah runtuhan konkrit dalam kejadian dinding runtuh pada Jumaat.
Iklan

Menurutnya, sembilan anggota bomba dari BBP Setiu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 11.22 pagi.

"Mangsa diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas dan ia mengambil masa selama 15 minit untuk dibawa keluar daripada runtuhan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mohd Razli berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.