Kenderaan MB Selangor kena saman MBSJ
Iklan
Tangkap layar hantaran Amirudin di aplikasi X pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.
Beliau yang memuat naik tangkap layar notis saman itu di aplikasi X bagaimanapun berkata, saman sebanyak RM80 itu telah selesai dibayar setelah ia dikeluarkan lebih dua minggu lalu.
Iklan
Iklan
"Tiba tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil. Saya klik ke pautan dan kurang 5 minit dapat selesaikan bayaran.
"Semenjak 2019 hampir semua PBT (pihak berkuasa tempatan) smart parking dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” katanya di aplikasi media sosial itu pada Khamis.
Iklan
Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan orang ramai agar membayar kompaun saman kereta masing-masing.
"Ingat dapat notis saman klik bukan call Dato Bandar minta waive,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Iklan
Sementara itu, berdasarkan laman web MBSJ, kadar yang dibayar oleh Amirudin merangkumi kadar caj kompaun trafik dan clamping iaitu kompaun RM20, clamping RM50 dan caj perkhidmatan RM10.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>