LKTN, JPJ kerjasama pantau penyeludupan tembakau
Iklan
KOTA BHARU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung penyeludupan masuk tembakau dari negara jiran.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Datuk Zailani Hashim berkata, kerjasama itu akan dimulakan tahun ini.