Ikan aneh ditemui mati terdampar di pantai Mexico

Iklan
Ikan aneh yang ditemui mati terdampar di pantai Mexico.- Agensi

MEXICO CITY - Seekor haiwan yang tidak dikenali spesiesnya telah ditemui mati terdampar di pantai Destiladeras, Mexico, lapor portal Mirror

Menurut laporan media tempatan, haiwan yang mempunyai sedikit persamaan dengan ikan lumba-lumba tetapi mempunyai gigi tajam, ekor seperti ular dan tidak mempunyai mata.

Iklan
Iklan

Ia ditemui oleh orang ramai yang bersiar-siar di pantai tersebut dan pada mulanya mereka menyangkakan ia seekor ikan lumba-lumba mati.

Namun, apabila mereka mendekatinya dan menyedari ia sangat berbeza dengan ikan lumba-lumba yang pernah dilihat sebelum ini.

Iklan

Malah, nelayan yang ditemui juga tidak mengenal pasti spesies mamalia ini dan belum menjumpainya di laut atau tersangkut dalam pukat mereka.

Tetapi, segelintir percaya haiwan ini berkemungkinan berasal dari laut dalam pada kedalaman lebih seribu meter dari pantai tersebut.

Iklan

Difahamkan, segelintir haiwan yang tinggal pada kedalaman tinggi atau gelap serta terhindar dari cahaya matahari, tiada 'mata asas' dan mereka mencari makanan menggunakan deria semula jadi.

Akhirnya, media tempatan membuat kesimpulan tiada siapa mengenal pasti makhluk aneh ini dan tiada laporan mengenainya dalam media lain dan menganggapnya ia berkemungkinan ' palsu'. - Agensi