Bungkus dadah dalam kebun getah
Iklan
LANGKAWI - Polis menahan dua lelaki yang sedang leka membungkus dadah di kebun getah di Kampung Lubuk Setol dalam serbuan kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika serbuan kedua-dua suspek berusia 29 dan 45 tahun itu cuba melarikan diri dan bertindak agresif.