KUALA LUMPUR - Polis akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi menentukan tindakan ke atas penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung dakwaan terdapat gerakan ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah di Dubai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Astro Awani hari ini memberitahu, pengasas dan penulis portal Malaysia Today itu kini berada di London.