VATICAN CITY - Pemimpin Gereja Roman Katolik, Pope Francis memohon maaf kerana menampar tangan seorang wanita pada lewat Selasa lalu yang turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.
Ketika insiden itu, wanita terbabit dilihat menarik tangan Pope Francis dengan kuat dan hampir menyebabkan beliau terjatuh ketika melalui Dataran St Peter.
Tangan wanita tersebut ditampar sebanyak dua kali ketika beliau cuba melepaskan pegangannya.
Pope Francis kemudiannya terus berjalan dan cuba menjarakkan dirinya daripada pengunjung namun beliau kembali beramah-mesra dengan kanak-kanak.
Beberapa komen di Twitter bagaimanapun tidak menyalahkan tindakan Pope Francis terbabit.
"Beliau juga manusia. Bergelar seorang Pope tidak menjadikan anda kebal daripada rasa sakit atau dapat mengelakkan tindak balas seperti itu," kata seorang pengguna laman blog mikro tersebut.
Menerusi ucapan sempena tahun baru, Pope terbabit turut mengecam segala bentuk keganasan terhadap wanita.
Ia turut disusuli dengan permohonan maaf secara peribadi, 'Kita hilang sabar dalam banyak perkara,'
"Ia juga berlaku kepada saya. Saya minta maaf atas contoh buruk itu," ujarnya. - Agensi