Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat
Iklan
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Mersing pada Khamis. Foto APM Johor
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak dengan bilangan terkini seramai 1,475 orang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri setakat jam 12 tengah malam Khamis.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, mangsa banjir berkenaan melibatkan 382 keluarga dari Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.
Iklan
Iklan
"Bilangan mangsa banjir di Kota Tinggi ketika ini paling ramai mengatasi di Johor Bahru yang sebelum ini paling ramai. Sebanyak 724 orang daripada 180 keluarga di Kota Tinggi ditempatkan di enam PPS.
Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (dua dari kanan) melawat PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Johor Bahru pada Khamis.
"Di Johor Bahru pula bertambah dengan jumlah terkini seramai 420 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke empat PPS," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Khamis.
Iklan
Beliau berkata, di Mersing menyaksikan seramai 271 mangsa (71 keluarga) ditempatkan di dua buah PPS dan di Kluang pula seramai 60 mangsa (20 keluarga) di sebuah PPS.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata, pemantauan terus dilakukan dari semasa ke semasa termasuk paras sungai dan perkembangan air pasang.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>